Isnin, 2 Mac 2015

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif KTB

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinNya, Blog Kolej Teknologi Bestari dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan adanya Blog ini, diharapkan ianya dapat memberi perkhidmatan dan bermanfaat sebagai wadah perkongsian maklumat interaktif kepada seluruh rakyat Malaysia.

Blog ini dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan Jabatan ini kepada masyarakat awam, menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di Kolej Teknologi Bestari serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua golongan masyarakat.

Kami berusaha mengoptimumkan bakat dan keupayaan pelajar Kolej Teknologi Bestari dan kami mengalu-alukan anda untuk belajar di Kolej Teknologi Bestari, kerana ‘tidak penting di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir’. 

Atas kesedaran ini, kami menyeru semua lapisan masyarakat terutamanya lepasan sekolah agar merebut peluang yang kami sediakan bagi memperolehi maklumat ke arah pembangunan keupayaan diri berasaskan pengetahuan dan kemahiran.

Seterusnya kami berharap semoga maklumat yang disediakan melalui laman blog ini memberikan manfaat kepada semua pengunjung.
Sekian Terima Kasih.

" Kemahiran Menjana Tranformasi"


Mohd Hairi Bin Mahmud
Ketua Pegawai Eksekutif
Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan